PDPA

DASAR PRIVASI KOLEJ MUTIARA – Dasar Privasi

Privasi Anda
Dasar Privasi ini adalah merupakan dasar privasi Kolej Mutiara (“KM”) selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA). KM mengiktiraf dan menghormati hak-hak berkenaan dengan data peribadi dan maklumat anda (“Data Peribadi”). Dengan mengambil kira PDPA, dan KM komited dalam melindungi dan mejaga kepentingan Data Peribadi anda. Dasar Privasi ini menerangkan bagaimana KM akan mengendalikan maklumat peribadi anda selaras dengan Akta perlindugan Data Peribadi 2010. KM mungkin memproses Data Peribadi anda dengan cara mengumpul, merekod, memegang, menyimpan, mengguna dan/atau mendedahkannya.

Data Peribadi merujuk kepada apa-apa maklumat yang secara langsung atau tidak langsung boleh mengenalpasti seseorang termasuk data peribadi sensitif dan penyataan pendapat. Antara lain ia termasuk:

  1. Nama
  2. Kad Pengenalan
  3. Tempat Lahir
  4. Alamat
  5. Bangsa
  6. Agama
  7. Keputusan Peperiksaan
  8. Sejarah Pendidikan
  9. Sejarah Pekerjaan
  10. Sejarah Perubatan (Jenis darah, dll)
  11. Gambar

Sumber Bagi Data Peribadi
Dalam memberikan perkhidmatan yang berkaitan, KM boleh mendapatkan data peribadi daripada pelbagai sumber, antaranya seperti:

Diri Anda

  1. Dari permohonan yang dikemukakan kepada KM. Dengan mengemukakan apa-apa permohonan kepada KM, anda adalah dengan ini dianggap telah memperoleh kebenaran untuk pengisytiharan maklumat di dalam permohonan anda
  2. Imej dan suara anda mungkin akan dirakam, contohnya melalui CCTV untuk tujuan keselamatan dan/atau perekodan. Notis akan disampaikan.

Pihak Ketiga

  1. Rakan kerjasama KM dalam pertandingan atau tinjauan atau penyelidikan atau program
  2. Penyertaan anda dengan entiti lain
  3. Penjaga, wakil sah atau penjamin anda
  4. Kemungkinan terdapat rujukan ke atas data peribadi anda bagi permohonan pinjaman atau rujukan kredit
  5. Institusi pendidikan atau majikan terdahulu

Laman Web

  1. Alamat IP anda secara automatik akan mendaftar masuk ke komputer pelayan kami. Secara umumnya kami tidak menghubungkan alamat IP anda untuk mengenalpasti setiap pautan kecuali di dalam kes pelanggaran yang serius
  2. Anda boleh mengubah pelayar anda untuk tidak mengaktifkan “cookies” bagi menghalang penyimpanan maklumat tertentu di dalam sistem anda.

Tujuan Data Peribadi

Dalam memenuhi tanggungjawab KM ke atas anda, data peribadi anda boleh digunakan bagi tujuan-tujuan yang tidak terhad seperti berikut:

  1. Untuk penilaian mana-mana permohonan ke KM
  2. Untuk memproses apa-apa faedah dan perkhidmatan
  3. Untuk tujuan komunikasi
  4. Untuk tujuan pentadbiran am dan rekod
  5. Untuk pengiklanan dan berita
  6. Untuk meningkatkan mutu pendidikan
  7. Untuk tujuan pendidikan dan tujuan yang berkaitan dengan KM
  8. Untuk memberi sebarang maklum balas, menjawab aduan dan pertanyaanUntuk tujuan tadbir urus korporat
  9. Untuk dipertimbangkan sebagai penjamin bagi kakitangan/pelajar KM yang memohon pinjaman pelajaran/biasiswa
  10. Kegiatan-kegiatan KM selainnya yang sah termasuk dan tidak terhad kepada pentadbiran, akademik dan penyelidikan

 Penyampaian Data Peribadi 

  1. KM adalah di bawah obligasi undang-undang untuk menjamin dan melindungi maklumat peribadi termasuk tetapi tidak terhad kepada data peribadi sebelum dan selepas PDPA dan ia adalah dasar sedia ada dan dasar berterusan kami untuk berbuat demikian.
  2. Untuk memberikan perkhidmatan yang efektif secara berterusan, penyampaian maklumat tertentu perlu dilaksanakan. Maklumat peribadi anda mungkin dipindahkan dan/atau disampaikan kepada pihak ketiga dan/atau rakan sekerja KM termasuk tetapi tidak terhad kepada ejen luar yang dilantik bagi tujuan memenuhi tanggungjawab KM kepada anda berkenaan dengan tujuan-tujuan di atas dan tujuan-tujuan lain yang berkaitan dengan tujuan di atas dan termasuk menyediakan perkhidmatan bersepadu, mengekalkan dan menyimpan rekod.

Dalam menjaga kebajikan dan menyediakan perkhidmatan, adalah sangat penting untuk menghantar atau berkongsi maklumat peribadi kepada pihak ketiga, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  1. Syarikat insurans untuk memproses tuntutan insurans
  2. Institusi kewangan bagi pembayaran ganjaran kewangan seperti biasiswa, pinjaman, elaun dan gaji
  3. Mana-mana syarikat atau rakan sekerja KM untuk sebarang tawaran pinjaman/biasiswa atau penghargaan, dan untuk sebarang aktiviti berasaskan pembelajaran
  4. Pihak-pihak ketiga yang diberi kuasa
  5. Penjaga anda atau wakil sah atau penjamin
  6. Agensi penarafan kredit untuk tujuan kredit bagi permohonan pinjaman
  7. Penguatkuasaan agensi kawal selia dan agensi kerajaan atau mana-mana perintah mahkamah untuk memenuhi kewajipan kepada pihak berkuasa

Data anda boleh dikongsi apabila diperlukan oleh undang-undang dan apabila penyampaian adalah perlu bagi mematuhi undang-undang berkaitan.

Pengekalan Data Peribadi
Apa-apa maklumat peribadi yang disimpan oleh KM bagi tujuan-tujuan di atas dan seperti yang dikehendaki oleh undangundang dan akan dibinasakan dan/atau dihapuskan mengikut polisi KM apabila maklumat tersebut tidak lagi diperlukan.

Dasar Privasi KM Yang Tegas 

  1. KM adalah komited dan menjadi keutamaan kami dalam memastikan kerahsiaan, perlindungan, keselamatan dan ketepatan maklumat peribadi anda yang telah diberikan kepada KM dan ia telah menjadi dasar berterusan KM yang tegas untuk memastikan bahawa maklumat peribadi anda adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan dikemaskini. KM juga akan memastikan bahawa data peribadi anda tidak akan digunakan untuk tujuan politik dan ekonomi
  2. KM mengambil pendirian yang tinggi bahawa perlindungan hak peribadi telah diiktiraf lama sebelum kewujudan PDPA. PDPA kini adalah bertujuan menjadi Akta yang jelas untuk melindungi dan satu alat untuk memastikan ketelusan dan memberi kesedaran awam tentang pengurusan data peribadi.
  3. Tertakluk kepada undang-undang yang berkaitan, data peribadi sensitif hanya boleh disampaikan apabila mendapat persetujuan dari anda

Akses Kepada Data Peribadi
Anda boleh mengakses dan mengemaskini data peribadi anda dengan menulis kepada KM di:
Alamat Pos   : Pendaftar, Kolej Mutiara, A15-1, Taman Kajang Sentral, 43000 Kajang, Selangor
Alamat Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
No telefon    : 03-87390420

Persetujuan Adalah Penting
Dengan menghantar atau memberikan data peribadi anda kepada KM, anda telah mengizinkan dan bersetuju untuk data peribadi anda untuk digunakan selaras dengan terma dan syarat-syarat dalam Dasar ini dan polisi KM yang berkaitan.

Penarikan Balik Persetujuan 

  1. Anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan menulis kepada KM. Sekiranya perlu, KM mungkin memerlukan maklumat atau pengesahan lanjut
  2. Jika anda tidak bersetuju atau kemudiannya menarik balik persetujuan anda kepada pemprosesan dan penyampaian data peribadi anda, KM tidak akan dapat memenuhi tanggungjawab KM atau menghubungi anda atau membantu anda berkaitan dengan tujuan-tujuan di atas dan/atau tujuan lain yang berkaitan dengan tujuan-tujuan di atas.

Pemakaian Dasar Ini
Jika anda seorang pelanggan perkhidmatan yang lalu, harap maklum bahawa KM akan terus memproses Data Peribadi anda sebagaimana yang dinyatakan di dalam Dasar Privasi ini melainkan jika KM menerima bantahan anda. Anda boleh melaksanakan hak-hak anda berkenaan dengan Dasar Peribadi anda sepertimana dinyatakan di atas. Dasar Privasi ini mungkin dipinda pada bila-blia masa dan berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh KM. Sebarang pemindaan akan dinyatakan di dalam laman web KM atau apa-apa bentuk lain yang KM fikirkan sesuai. Langganan dan/atau penggunaan berterusan anda kepada perkhidmatan dan/atau laman web KM merupakan persetujuan anda terhadap pindaan tersebut.

Laman Web

Pautan Luar
Laman web kami mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari

  1. Jika mana-mana bahagian Laman pautan anda dengan lain-lain laman web, laman web tersebut tidak beroperasi di bawah dasar ini dan kami tidak akan menerima apa-apa tanggungjawab atau tanggungan yang timbul dari laman-laman itu
  2. Begitu juga, jika anda melanggan sesuatu permohonan, kandungan atau produk daripada rakan-rakan strategic KM dan anda seterusnya menyediakan Data Peribadi anda terus kepada pihak ketiga tersebut, yang Data Peribadi itu tertakluk kepada polisi/dasar perlindungan privasi/data peribadi pihak ketiga (jika mereka mempunyai polisi/dasar tersebut)
  3. KM cadangkan anda membaca dan memahami dasar penyataan /polisi perlindungan privasi/data peribadi yand dipos di laman-laman web yang lain dengan tujuan untuk memahami tata cara mereka untuk mengumpul, memproses, mengguna dan mendedahkan data peribadi dan sebelum mengemukakan Data Peribadi anda ke laman-laman.